Saturday, June 27, 2009

Salam Pengenalan


Assalamulaikum
Blog saya ini merupakan satu lagi cara saya berinteraksi atau berkomunikasi dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini. Saya namakan blog ini sebagai muddaris yang bermaksud cikgu atau guru, nama ini juga sempena mengenang sebuah kelab muddaris yang diwujudkan ketika saya mengajar di SK Orang Kaya Sergunim, Matu, Sarawak. Ahli kelab ini terdiri daripada guru-guru semenajung yang berkhidmat di Sarawak. Kami di sana sering membuat perjumpaan mingguan, maklumlah dirantau orang rakan-rakan semenanjung inilah menjadi keluarga kami ketika disana. kadang-kadang mengadakan perlawan bola sepak dengan guru-guru sarawak mahupun orang-orang tempatan. Pernah juga kami berkonvoi menaiki motosikal ke bahagian lain seperti Mukah, Sibu dan Bintangor. Sebelum kedatangan saya ke sana Muddaris telah berkonvoi ke Limbang seterusnya ke Berunai. Kami juga pernag berkelah di pantai Buruan bersama-sama.
Rindu rasanya untuk berjumpa dengan rakan-rakan muddaris. sehingga kini saya masih menghubungi rakan-rakan yang saya mempunyai no telefon mereka, yang tak de tu kalau baca blog ni jangan lupa untuk menghubungi saya melalui email saya myaj@e-informasi.com. boleh juga menghubungi saya melalui forum atau shoutbox di website saya http://e-informasi.com...
salam ukhuwah untuk semua

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCPenney Coupons