Tuesday, July 21, 2009

esaiment


bermula episod mencari bahan-bahan untuk esaiment... rasa seronok juga mencari bahan ni terkenang semasa belajar di KUSZA (kolej Agama Sultan Zainal Abidin) cuma bezanya masa di kolej hanya cari bahan dari buku semata-mata, tapi kali ini mengunakan pelbagai media termasuk media elektronik terutamanya internet... mula-mula pergi perpustakaan tanya pada pegawai perpustakaan dimana nak cari bahan kaunseling.. dia suruh pergi mesin OPAC pergilah macam orang bodoh ke mesin tersebut... taip lah perkatan kaunseling banyak juga bahan... tapi tak tahu lokasi... apa lagi tawaf seluruh perpustakaan... maklumlah tak tahu kedudukan tempat yang hendak dicari mesin tak tunjuk lokasi... penat juga tawaf akhirnya jumpa tempat yang dituju... setakat belek-belek je istilah yang lebih dekat lagi memantau sahaja.. kalau ada masa terluang barulah gi photostet nanti...

Monday, July 6, 2009

KDP 14 Minggu OUM


alhamdulilah... saya bersyukur kerana telah diterima sebagai peserta KDP 14minggu OUM di IPTHO walaupun sebagai calon rayun. maklumlah dah 7 kali mohon tak sangkut-sangkut juga nama. saya mendaftar pada 2 julai 2009 rakan-rakan lain mendaftar pada 30 jun 2009. Saya mendaftar ni pun lum sampai surat tawaran. berpandukan kepada cakap rakan-rakan yang nama saya naik sebagai calon rayuan. Ramai juga rakan-rakan guru sekitar Johor yang mendaftar bagi mengikuti program ni. Hari jumaat dapat modul kdp14 OUM terkejut juga tengok tebal-tebal modul ni. paper Bahasa Inggeris je yang but kecut sikit sebab ada 3 modul yang lain dalam bahasa melayu jadi tak kisah sikit. Hari Isnin pulak saya kena lantik sebagai ketua kumpulan satu.. guru-guru perempuan sibuk menyebut nama saya untuk dicalonkan sebagai ketua. Kalau boleh tak nak pegang ketua kelas ni... walaubagaimanapun saya terima tugas ni sebagai amanah.. mudah-mudahan saya dapat keputusan yang cemerlang.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCPenney Coupons